PANDUAN GURU

PANDUAN PENGURUSAN GURU
***************************************************************

BIL
KANDUNGAN / INDEKS
   1.        
   2.        
   3.        
   4.        
   5.        
   6.        
   7.        
   8.        
   9.        
 10.      
 11.      
 12.      
 13.      
 14.      
 15.      
 16.      
 17.      
 18.      
 19.      
 20.      
 21.      
 22.      
 23.      
 24.      
 25.      
 26.      
 27.      
 28.      
 29.      
 30.      
 31.      
 32.      
 33.      
 34.      
 35.      
 36.      
 37.      
Penilaian  Tahap  Kecekapan
 38.      
 39.      
Permohonan Pinjaman Peribadi
 40.      
Permohonan Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
 41.      
Pertukaran Guru
 42.      
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran ( P&P )
 43.      
Rahsia Sekolah
 44.      
Senarai Semak Budaya Tutup Dan Buka Sekolah
 45.      
Surat Atau Pekeliling  Keluar/Masuk Dari PPD/JPN/KPM Untuk Tindakan
 46.      
Surat Keluar  Ke PPD/JPN/KPM
 47.      
Tugasan Luar (Jurulatih Utama/Fasilitator/Kakitangan Sumber)
 48.      
Urusan Dengan Pelawat/Tetamu
 49.      
Urusan Dengan PPD Dan JPN
 50.      
Visi Dan Misi Sekolah


PANDUAN PENGURUSAN GURU

1.

1.1.
Semua guru perlu menandatangani Surat Akujanji sebagai Penjawat Awam.

1.2.

Pegawai Kerajaan adalah terikat dan perlu mematuhi Akujanji tersebut Pegawai Kerajaan adalah terikat dan perlu mematuhi Akujanji tersebut.



2.

2.1.
Bilik guru merupakan tempat larangan bagi murid.

2.2.

Bilik guru adalah dibawah tanggungjawab kelab guru dari aspek menjaga susunan, kebersihan dan keceriaan pada setiap masa.

2.3.
Semua guru yang mengajar di sekolah ini secara automatik menjadi ahli kelab guru sekolah ini.

2.4.
Kadar yuran adalah tertakluk kepada keputusan dalam mesyuarat agung kelab guru tersebut.

2.5.

Jawatankuasa bertanggungjawab ke atas kebajikan guru dan kakitangan di bawah kawalan bidang mereka.



3.

3.1.
Semua guru dikehendaki mengajar sepertimana yang tercatat di dalam buku rekod mengajar.

3.2.

Buku rekod mengajar hendaklah ditulis dengan kemas, jelas dan teratur serta sentiasa dalam keadaan dikemaskinikan.

3.3.
Butiran-butiran dalam jadual mengajar harian perlulah sentiasa diisi dan dikemaskini.

3.4.

Buku rekod mengajar mestilah diserah ke pejabat pada setiap hari Jumaat waktu akhir untuk semakan dan ditandatangani oleh Guru Besar.



4.

4.1.

Segala dokumen/sijil/surat perlu dikemukakan bersama borang permohonan melalui Guru Besar sebelum dihantar ke JPN untuk kelulusan.

4.2.
Permohonan perlu dibuat lebih awal mengikut prosedur yang sedia ada

4.3.




Cuti Haji                   -   40 hari
Cuti Bersalin           -   60 hari ( 2 bulan ), Suami layak 7 hari
                                        (Layak untuk 5 kali sepanjang perkhidmatan)
Cuti Tanpa Rekod  -   tidak melebihi 14 hari setahun
Cuti Tanpa Gaji -  tidak ada had/tempoh yang ditetapkan (tetapi mengikut tempoh perkhidmatan)

4.4.

Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.

4.5.

Istilah ’keluarga terdekat’ ialah ibu bapa, isteri/suami dan anak-anak guru itu sendiri. Adik-beradik dan mertua tidak termasuk dalam istilah keluarga terdekat.



5.

5.1.

Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara perlu mendapat kelulusan JPN (Unit Perhubungan dan Pendaftaran).

5.2.
Borang permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya 10 minggu dari tarikh mula bercuti.

5.3.
Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan ke luar negara hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.



6.

6.1.

Kebenaran diberi dengan sayarat guru berkenaan telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengikuti pengajian tersebut.


 
PROSEDUR KERJA GURU KELAS
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


1. JADUAL KEDATANGAN
Proses Kerja
Petunjuk / Catatan

1.       Lengkapkan semua butiran di dalam jadual kedatangan.
2.       Senaraikan nama pelajar disusun ikut abjad.
3.       Dahulukan dengan nama pelajar lelaki dan diikuti dengan pelajar perempuan.
4.       Isikan nombor pendaftaran sekolah.
5.       Isi butir-butir ibu bapa/waris dengan lengkap.
6.       Catat kedatangan pada waktu pertama dan hantar ke pejabat sebelum pukul 9.00 pagi.


1.    Jadual kedatangan sempurna & lengkap pada minggu kedua.

2.    Tidak ada kesilapan teknikal.
2. MENANDA KEDATANGAN

Æ  Baca arahan dan peraturan di dalam jadual kedatangan
Æ  Menanda jadual kedatangan
1)      Tanda (O) bagi pelajar yang tidak hadir.
2)      Tulis [S] di dalam O jika pelajar menyerahkan surat penjelasan daripada waris atau surat cuti sakit.
3)      Tulis (P) jika pelajar tidak membawa surat.
4)      Pelajar tidak hadir
5)      Tiga hari (3) berturut-turut atau berselang, hantar surat peringatan kepada ibu bapa/waris  (putih).
6)      Tujuh hari (7) hantar surat peringatan kedua  (hijau).
7)      Empat belas (14) hari hantar surat amaran  (merah).
8)      Dua puluh satu (21) hari  hantar surat amaran kedua berhenti sekolah.
Æ  Tutup kedatangan di akhir bulan dengan tepat.
1)      Bilangan hari belajar.
2)      Hitung panjang
3)      Purata dan lain-lain.
      

1.    Pastikan jadual kedatangan sempurna ditanda dengan teliti.

2.    Surat-surat tidak hadir ke sekolah dikumpul dengan kemas

3.    Pastikan jadual kedatangan kemas dan bersih tanpa penggunaan pemadam dan pemadam cecair.
3. YURAN PERSEKOLAHAN

1.       Yuran dikutip pada awal bulan.
2.       Semua yuran dijelaskan pada akhir Januari.
3.       Resit pungutan dikeluarkan segera.
4.       Catatkan rekod kutipan di dalam Jadual Kedatangan mengikut nombor siri resit.
5.       Yuran yang dikutip hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari yang sama.


1.    Semua pelajar mesti membayar yuran.





4.  PENGURUSAN KELAS

1.       Bentuk jawatankuasa kecil dengan melantik ketua kelas, penolong ketua kelas dan pembahagian  kumpulan kecil.
2.       Beri taklimat tentang tugas semua ahli.
3.       Buat carta bertugas dan lekatkan di papan kenyataan.
4.       Urus dan bereskan keceriaan kelas selewat-lewatnya akhir minggu pertama Januari termasuklah poster, kata-kata hikmat, langsir dan pembalut meja.
5.       Setiap kelas mesti mempamerkan budaya kreatif dan suasana kondusif.
6.       Bakul sampah, penyodok dan penyapu diletak dengan kemas disudut belakang kelas.


1.    Kelas sentiasa indah dan ceria.
5. PENGURUSAN DISIPLIN

1.       Terangkan peraturan disiplin di sekolah.
2.       Tangani masalah disiplin dengan bijaksana.
3.       Catatkan nama pelajar yang melanggar disiplin di dalam buku pemantauan kelas dan buku disiplin.
4.       Tindakan boleh diambil dengan cara beri nasihat, beri amaran 1, beri amaran 11 dan boleh dilaporkan kepada Guru Disiplin / Guru Penolong Kanan HEM.


6. INVENTORI KELAS

1.       Sediakan daftar inventori :-
Æ  Bilangan kerusi
Æ  Bilangan meja
Æ  Meja guru
Æ  Penyapu
Æ  Penyodok
Æ  Bakul sampah
Æ  Pemadam papan hitam


1.    Daftar inventori tampal di hadapan kelas.
2.    Serahkan satu salinan kepada guru perabot.
7. BUKU REKOD / KAD KEMAJUAN

1.       Kumpul semua kad kemajuan.
2.       Isi semua butir dengan lengkap.
3.       Pastikan semua pelajar menggunakan BUKU / KAD SKPTM  sahaja kecuali pelajar baru di Tahun 6,
4.       Isi semua butir dengan lengkap.
5.       Beri catatan / komen yang sesuai bagi setiap peperiksaan.
6.       Buku/kad kemajuan diserahkan ke pejabat ikut tarikh yang telah ditetapkan.
7.       Pungut semula kad kemajuan sehari selepas diedarkan.


8. JAMUAN / LAWATAN KELAS

1.       Adakan jamuan ringan hujung tahun.
2.       Wujudkan ciri-ciri penyayang, permuafakatan dan hubungan guru dan pelajar yang mesra.
3.       Rancang lawatan atau perkelahan ke tempat yang menarik.


1.     Jamuan kelas.
2.     Lawatan kelas
9. KEBAJIKAN

1.       Mengambil berat tentang kebajikan pelajar :
ü  kemiskinan
ü  pelajaran
ü  kesihatan
2.       Membantu menyelesaikan masalah.
3.       Menghubungi ibu bapa / waris untuk membincangkan masalah.


10.  PEPERIKSAAN UPSR

1.       Membantu Setiausaha Peperiksaan :-
a.       menguruskan pendaftaran
2.       Menyemak butir-butir pendaftaran :-
a.       Kemasukan yang betul.
b.      Kod yang betul
3.       Menyelesaikan pendaftaran pada masa dan tarikh yang ditetapkan.
4.       Pastikan tidak ada sebarang KESILAPAN DAN KECICIRAN.


Pastikan tidak berlaku sebarang kesilapan.
11. PENGURUSAN AKHIR TAHUN

1.       Kemaskini jadual kedatangan dan ditutup.
2.       Mengemas dan membesihkan bilik darjah
a.       sampah
b.      sawang
c.       cermin tingkap dilap
d.      lantai disapu
3.       Menyemak inventori
4.       Menyimpan langsir untuk digunakan di tahun hadapan.
5.       Menyerahkan apa jua alat yang dipinjam kepada pihak yang berkenaan.


1.     Bilik dikemas dan dikunci.














12. PENGURUSAN BUKU TEKS SPBT

1.       Membantu guru SPBT
2.       Mendapatkan buku-buku teks untuk kelas.
3.       Melengkapkan borang SPBT.
4.       Mengedarkan buku teks kepada pelajar.
5.       Memungut semula buku teks pada hujung tahun.
6.       Menyemak buku-buku yang dipulangkan pelajar.
7.       Pastikan pelajar mengganti buku-buku yang rosak dan hilang.
8.       Menyerahkan buku SPBT kepada guru SPBT


13. DATA SISTEM MAKLUMAT MURID

1.        Menyemak dan mengemaskini data Sistem Maklumat Murid dari segi pendapatan, isi keluarga, alamat dan nombor telefon terkini.
2.         Mulai tahun 2010, semua guru kelas diminta mengedarkan borang yang mengandungi data maklumat murid terkini yang dipanggil data BMM iaitu data Borang Maklumat Murid.  Dengan borang tersebut, pelajar tidak perlu mengisi borang-borang bantuan yang lain seperti SPBT, RMT dan lain secara berasingan.
3.        Semua data ini hendaklah dikemaskini sebelum Mei 2014.





No comments:

Post a Comment